PDK Taman Sri Jelok Kajang

Selamat Datang Ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti  Kajang

Laman Utama | Organisasi PDK | Hubungi Kami | Aktiviti Terkini | Mari Bersama Kami | Gambar-gambar Warga PDK Kajang

     PDK Kajang ditubuhkan pada tahun 1992. Semasa ditubuhkan, ia ditempatkan di Pusat Aktiviti Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak di No.9 , Jalan Timur , Kajang. Pada masa itu hanya ada seorang pekerja / guru  di PDK ini.
     PDK Kajang berpindah ke Taman Sri Jelok pada tahun 1996.Dengan pertambahan murid, guru PDK juga telah bertambah kepada 2 orang dan sehingga kini ter dapat 10 org guru PDK termasuk seorang sukarelawati.

Sejarah PDK

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti

Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) adalah konsep pemulihan kepada golongan kurang upaya. Konsep ini mula diutarakan oleh World Health Organisation (WHO) pada tahun 1970an dan mula dilaksanakan padatahun 1984 di Mukim Batu Rakit, Kuala Terengganu dan kemudiannya diseluruh negara. Sehingga April 1995 ,sebanyak 114 buah PDK telah dibuka. PDK merupakan satu ketetapan baru yang menekankan penglibatan aktif ibubapa , keluarga dan komuniti setempat terhadap usaha membantu memulihkan golongan kurang upaya.

Objektif
 
*  Memulihkan orang kurang upaya supaya boleh berfungsi seperti orang
   biasa.
 
*  Memberi kesedaran kepada masyarakat setempat tentang golongan     
   kurang upaya.
 
*  Mewujudkan masyarakat penyayang.

Tujuan

       Dapat mendedahkan kanak-kanak kurang upaya kepada sistem pembelajaran dan pemulihan yang sesuai mengikut keadaan mereka.

Petugas dan Pengerusi PDK Kajang
p1110689.jpg

PDK membantu mereka untuk berinteraksi dan berkomunikasi  dengan masyarakat sekeliling dengan membawa mereka beriadah di luar kelas.

sessi sand therapy
p1100145.jpg

Adik Faisal
p1110711.jpg

Please get in touch to offer comments and join our mailing list.

Full name:
Email address:
Comment:
  

Copyright 2008, PDK Kajang