PDK Kajang ditubuhkan pada tahun 1992. Semasa ditubuhkan, ia ditempatkan
di Pusat Aktiviti Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak di No.9 , Jalan Timur , Kajang. Pada masa itu hanya ada seorang pekerja
/ guru di PDK ini.
PDK Kajang berpindah ke Taman Sri Jelok pada tahun 1996.Dengan pertambahan
murid, guru PDK juga telah bertambah kepada 2 orang dan sehingga kini ter dapat 10 org guru PDK termasuk seorang sukarelawati.
Sejarah PDK
Pusat Pemulihan Dalam Komuniti
Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) adalah konsep pemulihan kepada golongan
kurang upaya. Konsep ini mula diutarakan oleh World Health Organisation (WHO) pada tahun 1970an dan mula dilaksanakan padatahun
1984 di Mukim Batu Rakit, Kuala Terengganu dan kemudiannya diseluruh negara. Sehingga April 1995 ,sebanyak 114 buah PDK telah
dibuka. PDK merupakan satu ketetapan baru yang menekankan penglibatan aktif ibubapa , keluarga dan komuniti setempat terhadap
usaha membantu memulihkan golongan kurang upaya.
|